Handphone Pangagama Siin.!!!

Sunday, 31 January 2016

Tips Jimat Wang 2016


Pomogunan nopo biano okon ko osinang mongumbasi koposizan lobih-lobi po bahagi it ulun kumaraja makan gaji.


Ong okon ko sampai duvo tolu ribu o gaji koubasan no do amu po orikot hujung bulan nga navi no gaji.


Lobih-lobih po biano tu kos sara hidup nga makin asavat. Na ong amu ingin tokou yadino penlaid, suvaiko varo perancangan ditokou kondiri sid saralom mongurus dit siin ditokou.


Varo amu kopiro o tips nahajangan sid internet avantang onuvon suntuan. Imatai dikou sid sibak.


Sid boros do Malazu.

Sumber: Google


1. Sediakan dan tetapkan Pelan Kewangan Bulanan:

- Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Contoh: Gaji anda RM 1200 sebulan, 10% bersamaan RM 120 sebulan x 12 bulan = RM 1440 setahun.

- Sebelum berbelanja, bayar dahulu bil-bil yang penting seperti ansuran kereta, sewa rumah, bil elektrik, bil air dan jangan lupa berikan nafkah bagi isteri yang tidak berkerja.


2. Belanja Ikut Keperluan Bukan Ikut Kemahuan.

- Sesudah membayar bil-bil, jangan gunakan duit yang tinggal untuk membeli barang-barang yang bukan keutamaan contohnya membeli majalah hiburan, membeli handphone baru, membeli aksesori perhiasan diri dan banyak lagi.

- Lebih baik wang yang tinggal digunakan untuk benda yang lebih berfaedah atau disimpan seterusnya dibawa ke bulan hadapan


3. Minimumkan Perbelanjaan.

- Ini adalah berkaitan dengan bil-bil bulanan anda. Sebagai contoh, jangan menonton TV berjam-jam lamanya atau jangan menggunakan mesin basuh setiap hari. Cara ini pasti dapat mengurangkan bayaran bil anda.

- Kurangkan juga penggunaan minyak kereta dengan mengurangkan aktiviti makan angin.

- Kurangkan juga bil top up anda dengan mengurangkan aktiviti online, dan bertelfon yang akan menghabiskan kredit dan kuota anda dengan cepat.

- Bagi yang bujang cari rumah sewa yang lebih murah atau duduk sahaja dikuarters jika ada.


4. Bina Pendapatan Sampingan Dan Pendapatan Pasif.

- Lakukan perniagaan kecil-kecilan dengan modal yang kecil dan tidak bersiko contohnya perniagan dropship.

- Kenal pasti minat dan kepakaran anda agar apa yang anda lakukan itu bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

- Mula melakukan pelaburan contohnya dalam amanah saham, emas dan hartanah. Pelaburan adalah pendapatan pasif selagi wang anda tidak dikeluarkan.

- Jangan sesekali menyertai perniagaan MLM yang memerlukan modal besar lebih-lebih lagi jika anda sendiri tidak ada minat dan usaha untuk melakukanya.


5. Bina Tabung Kecemasan.

- Lebihan wang yang kita ada sebaiknya disimpan untuk tujuan kecemasan. Pastikan wang yang anda simpan itu digunakan hanya jika terpaksa terutama sekali bagi anda yang berada jauh diperantauan. Anda boleh gunakan wang kecemasan untuk membeli tiket kapal terbang sekiranya ada ahli keluarga atau saudara yang meninggal dunia.


6. Jangan Bertukar Kerja.

- Apabila anda bertukar kerja bermaksud penggunaan wang anda juga akan meningkat utk beberapa bulan lebih2 lagi jika tempat tinggal anda juga berpindah.


7. Jangan Membuat Hutang Baru.

- Selesaikan dahulu hutang sedia dan jgn sesekali meminjam dengan along.

- Jangan sesekali membuat pinjaman untuk membuat pelaburan kerana anda dikenakan interest yang menyebabkan anda terpaksa membayar lebih.


Kesimpulan.!!!


Ong sakavi iti tips nga adapt tokou posuvang sid gama tokou mongurus siin amu mustahil do malingko opodok o gaji nga amu i osompitan do siin. Onuvon nopo ombo it kontok banal di kemampuan ditokou tu okon ko harati sampai ikat perut pongijimat do siin iti. Asal amu po monusa tulun nga avantang no.


Rontob ino om torima kasih.